Ahad, 8 Mac 2009

PPSMI

saya terpanggil untuk menulis mengenai isu yang sekarang sedang hangat diperkatakan di Malaysia. Apatah lagi dengan terjadinya demontrasi jalanan untuk membantah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) setelah lisa menulis di blognya. http://pestisid.blogspot.com/2009/03/current-issue-ppsmi.html

sungguh skema pulak rasenye bile menulis begitu. baiklah, saya sebagai pelajar Master Sains ingin pihak2 yang membantah PPSMI membaca dan berfikir apa yg ingin saya luahkan.

1. Saya adalah mangsa yg x terlibat dengan PPSMI, natijahnya saya berasa sangat sukar untuk memahami istilah2 yang digunakan di universiti. Tetapi saya masih bernasib baik kerana dikurniakan akal yang cepat untuk belajar oleh-Nya. Bagaimana orang yang 'pelajar perlahan'?

2. Kebanyakan pelajar2 cemerlang adalah pelajar yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Mereka dihantar belajar ke luar negara termasuk Jepun negara yang dijadikan contoh oleh orang-orang yang membantah PPSMI. jadi bilakah pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris untuk dihantar ke Jepun? sila jawab.

3. Yang terlibat hanya matapelajaran sains dan matematik. bukan sejarah,geografi dan sebagainya. Jadi, tidak ada masalah akan hilang nilai bahasa melayu di Malaysia.Sekarang ni pun, hasil belajar dalam bahasa Melayu, banyak masalah sampai intitusi raja dipertikaikan. semuanya mainan politik semata-mata.banyak isu lain yang nak dipolitikkan bukan ini.

4. Sepupu saya pelajar luar bandar, masih boleh mendapatkan keputusan cemerlang dlm UPSRnya. Yang ingin saya jelaskan di sini, pelajar-pelajar tersebut diberi pilihan dwi-bahasa. dan sepupu saya memilih bahasa Inggeris untuk menjawab peperiksaan. Jadi jangan ada yang kata pelajar di luar bandar tidak dapat menguasai PPSMI.

5. Di peringkat universiti, kami menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Untuk menghasilkan penyelidikan, perlu ada penghasilan jurnal2 sainstifik. Kebanyakan jurnal2 adalah dalam bahasa Inggeris sebab hanya bahasa ini difahami seluruh dunia.Saya pernah membaca jurnal yang ditulis dalam bahasa Melayu, banyak yang tidak boleh difahami disebabkan penukaran terma2 penting dlm bahasa Melayu sangat janggal.

sekarang saya nak buka untuk perbincangan tajuk ni. tapi sebelum anda bagi apa2 kritikan atau sebagainya. sila pastikan anda orang yang 'layak'.

maksud layak adalah orang yang memang terlibat dengan dunia sains dan matematik macam saya.

2 ulasan:

bini edy berkata...

dah komen dah kat blog sunnnddiirik. mulai hari ini, orang2 yang membantah PPSMI tu kena cakap bahasa melayu dengan tatabasa dan nahu yang tepat. jangan nak guna bahasa pasar. hewwww.
tp ramai la yang bangkang PPSMI tu. aritu dh kumpul geng2 yang setuju.
1.me
2.my dad.
3.adik bongsu.
4.adik kedua bongsu.
5.boifren.

mak lum smpat tanye.

lina berkata...

pestisid ---> tgk gaya bahasa saya masa menulis isu PPSMI ni. saya rasa saya masih mampu berbahasa melayu dengan baik.