Sabtu, 22 Mac 2008

Tips to take care of 'tudung'

A lot of posting for today coz i found lots of articles about fashion in Berita Harian online archive. Hope that we can share the information about fashion in these articles.

Tudung bawal, sifon digemari
Oleh Rohaniza Idris
roha@nstp.com.my

Selendang panjang ada hiasan seperti labuci lebih ekslusif, sesuai ke majlis rasmi

ADA pelbagai jenis tudung di pasaran berikutan permintaan yang tinggi daripada wanita selain aliran pemakaiannya yang semakin mendapat tempat di kalangan wanita Islam.

Corak, warna dan bentuk tudung juga kini pelbagai dan tidak terhad kepada yang siap dipakai atau tudung berbentuk empat segi saja.

Mengikut Pengurus Dir’s Gallery Sdn Bhd, Semua House Jalan Masjid India, Azyan Jaidir mengikut trend terkini ramai yang sudah beralih kepada tudung siap namun masih ramai wanita yang lebih selesa memakai tudung bawal dan kain sifon Itali.

Ini kerana, katanya pemakaian tudung jenis bawal dan Itali lebih mudah untuk digayakan dan dipakai menggunakan pin tudung, kerongsang dan klip tudung yang banyak dijual di pasaran.

“Lagi pun, tudung bawal dan Itali harganya lebih murah serta mempunyai sulam atau corak yang pelbagai,” katanya ditemui di kedainya di sini, baru-baru ini.

Azyan berkata, tudung bawal dan Itali juga mudah untuk digayakan sama ada cara konservatif iaitu dilipat tiga segi dan disematkan dengan pin di bawah dahu, atau diikat dan dililit di atas kepala.

Katanya, di Dir’s Gallery, hanya tudung bawal diimport dari Jepun dijual dan sulaman pada tudung dibuat di Indonesia.

“Kami ada beberapa jenis sulaman yang disukai pelanggan, antaranya sulam goyang dari Bukit Tinggi Indonesia yang mana harga tudung ini boleh mencecah RM160 sehelai. Batu pada tudung yang kita gunakan bukannya batu biasa tetapi kristal Swarovski yang tidak mudah tertanggal dan jatuh,” katanya.

Selain itu, terkini mereka yang memakai tudung suka mengenakan selendang panjang untuk tampil berbeza daripada biasa.

“Ikatan tudung selendang panjang biasanya membabitkan lilitan di kepala dan leher yang boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna.

“Biasanya, selendang panjang digemari mereka yang mahu nampak eksklusif . Mereka yang ingin pergi majlis makan malam atau majlis keraian lebih suka memilih selendang yang ada hiasan, labuci, batu-batuan dan manik.

“Terkini, ada selendang panjang dua lapis dari kain sifon yang ditampilkan dalam dua warna berbeza berserta corak seperti rama-rama dan bunga

“Selain selendang bercorak, kita juga menjual corak tanpa corak tetapi dihiasi labuci di kaki tudung. Warna yang biasa dipilih adalah yang lembut. Bagi yang suka penampilan menyerlah, mereka lebih suka memilih warna terang atau tudung Itali atau jenis Mortada bercorak bunga besar atau abstrak,” katanya

Terkini, tudung siap dipakai menampilkan renda dan ropol dengan warna terang seperti jingga, hijau pucuk pisang dan merah jambu.

Di Dir’s Gallery kita ada memperkenalkan anak tudung daripada kain kapas berbeza daripada yang biasa ada di pasaran diperbuat daripada kain satin.

INFO: Panduan menjaga tudung bawal

1.Tudung bawal sensitif, fabriknya agak nipis. Bagi mengekalkan batu permata dan keadaan kain, basuh ia menggunakan tangan dan elakkan memberus atau menggunakan mesin basuh.


2.Cuci menggunakan air yang dicampur sedikit serbuk pencuci. Rendam seketika, bilas dan sidai. Elakkan merendam dalam rendaman pelembut fabrik kerana ia boleh menyebabkan tudung bawal menjadi lembik dan sukar dibentuk.


3.Sidai di tempat yang teduh supaya fabrik tahan lama dan tidak pudar warnanya.


4.Jika tudung bawal mempunyai taburan batu permata, lapik kain lain di atas tudung atau terbalikkan ia ketika menggosok. Pastikan suhu seterika sederhana panas.


5.Guna kerongsang yang mempunyai pin tajam kerana pin yang tumpul boleh menyebabkan tudung bawal anda berlubang dan rosak.

Tiada ulasan: