Sabtu, 22 Mac 2008

Non-gold accessories as a new trend

Non-gold accessories are alternative for accessories that get into the place of new fashion trend. People like to buy non-gold accessories coz they are cheap,trendy and we do not have to worry about them to be stolen. Non-gold accessories is a good business for earn a living because we can see people repeatly buying from you( haha! based on my experience as an accessories maker and seller). Wanna see my collection? visit http://crystalina.fotopages.com I serve you with new trend of acccessories.


Aksesori bukan emas kian diminati
Oleh Rohaniza Idris(Berita Harian)

Perak, tembaga serta manik kini jadi pilihan

KATA orang emas dengan wanita umpama cincin dengan permata, begitu akrab, berganding bersama, tidak lengkap jika tidak dipadankan.

Senario hari ini menyaksikan aksesori wanita tidak terhad kepada pemakaian emas dan batu permata saja yang mana kini banyak hiasan diri ditampilkan menggunakan perak, tembaga, kayu, getah, plastik, manik serta labuci.

Warna batu, labuci dan manik yang menampilkan warna segar dan terang berkilauan menjadi pilihan tidak kira wanita muda atau sudah berusia.

Perunding aksesori butik Cantic Collection, Teng berkata permintaan terhadap aksesori wanita bukan emas meningkat bukan saja kerana harga emas yang meningkat tetapi faktor ia lebih selamat digunakan dan tidak berisiko disamun perompak.

Katanya, aksesori bukan emas juga mudah digayakan mengikut trend terkini dan kerana harganya murah, wanita membelinya dalam jumlah yang banyak.

“Jika emas biasanya, orang ramai lebih suka membelinya sebagai koleksi peribadi, eksklusif serta sebagai pelaburan dan harta pusaka kerana nilainya lebih mahal,” katanya.

Namun, beliau menegaskan pemakaian aksesori bukan emas perlu disesuaikan dengan gaya dan trend terkini jika tidak ia dilihat ketinggalan zaman.

“Suai padan dan cara pemakaian yang betul akan menampilkan gaya yang menarik serta memikat setiap mata yang memandang. Kebanyakan wanita suka membeli aksesori tetapi kurang bijak menggayakannya, yang saya anggap satu pembaziran.

“Oleh kerana, trend masa kini ramai yang beralih kepada pemakaian tudung dan skaf maka, aksesori seperti sepit rambut, pengikat dan rantai boleh di suai padan. Contohnya sepit rambut boleh juga dijadikan kerongsang dan pin tudung,” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu pemakaian cincin untuk tudung juga semakin mendapat sambutan malah kini ramai gadis bertudung membeli cincin berbatu untuk dipadankan dengan tudung mereka.

Cincin yang menjadi pilihan biasanya berbatu besar dengan gaya mewah, bersinar dan berkilauan.

Bagi mereka yang tidak bertudung, lebih gemar memilih sepit, pin dan cekak rambut daripada labuci dan batu berwarna terang seperti emas dan perak dengan motif bunga, pepatung dan rama-rama.

Bentuk bunga besar dan penggunaan bulu dengan warna seperti merah, kuning dan jingga juga menjadi pilihan mereka yang suka tampil berbeza.

Untuk si comel, pin rambut motif haiwan seperti arnab dan burung dengan spring yang boleh diletakkan di rambut.

Tiada ulasan: