Have you heard about this type of 'tudung'. This is my 1st time to hear about it. May be one day I'll try to put it on my head. The article from Berita Harian demonstrated us to wear this type of 'tudung'. I think the model are quite familiar. Ya! I had seen her on tv for a reality show entitled " Malaysian Most Beautiful". But sadly, she was the one that 1st eleminated from the show. I don't know that she works for Dir's Gallery Sdn Bhd, the 'tudung' shop that I have gone for several time before. Anyway, to all of you,Happy trying!
Tudung Itali mudah dibentuk
Oleh Rohaniza Idris
Selain corak abstrak yang menarik, tudung Itali diminati kerana fabriknya ringan dan serap angin
PEMAKAIAN tudung sebenarnya tidak menghalang seseorang itu untuk tampil bergaya, kemas dan sopan. Kini, ada pelbagai cara yang boleh menyerlahkan lagi penampilan mereka yang bertudung.
Fabrik yang mendapat perhatian dan popular adalah tudung daripada jenis sifon atau lebih di kenali sebagai tudung Itali.
Selain corak yang lebih segar, terkini dengan motif bunga-bungaan dan abstrak, tudung jenis berkenaan mudah dibentuk dan senang untuk digaya serta dipakai.
Pengurus Dir’s Gallery Sdn Bhd, Semua House, Azyan Jaidir, berkata tudung kain sifon atau Itali adalah antara tudung yang sering menjadi pilihan ramai kerana ia mudah dipakai.
Katanya, bagi sesetengah tudung Itali yang menampilkan corak abstrak, ia boleh dipakai terus tanpa perlu digosok.
“Selain itu, orang ramai suka memakai tudung Itali kerana fabriknya yang ringan, mudah serap angin serta sesuai dengan cuaca negara kita yang panas lembap,” katanya.
Beliau berkata, warna tudung yang menampilkan gabungan rona gelap dan terang menyerlahkan lagi corak pada tudung yang menjadi tarikan ramai memilih tudung jenis ini.
Tudung Itali ini juga dikenali sebagai tudung mortada yang biasanya dijual dalam dua jenis iaitu empat segi tepat dan empat segi sama atau selendang panjang.
Selain cara konvensional untuk memakai tudung, beberapa cara dan gaya baru boleh dipraktikkan menerusi tudung jenis ini.
Antaranya, gaya lilitan seperti pemakaian selendang panjang yang biasanya digayakan mereka yang memakai jubah.
Bagi kelihatan lebih menyerlah, Azyan menyarankan supaya tudung jenis sifon ini digayakan dengan pin tudung, kerongsang dan klip yang bersesuaian mengikut cita rasa pemakai.
Namun, katanya untuk tudung yang sarat dengan corak bunga dinasihatkan memilih pin atau kerongsang yang ringkas supaya tidak kelihatan berserabut.
“Terkini, ramai yang suka menggayakan tudung dengan klip yang dipakai untuk hiasan di belakang tudung. Klip ini dihiasi batu-batu, manik serta bebola keluli dalam pelbagai corak yang menarik. Di Dir’s Gallery, klip tudung ini dihasilkan dengan buatan tangan hasil kreativiti pereka kami sendiri,” katanya.
Sabtu, 22 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
darling, azyan bukan kerja kat dir's gallery tu.. dia PEMILIK dir's gallery.. cool kan?
btw, i found ur blog while blog hopping from iza's blog ;)
yurp, shes the owner... i pon selalu gi situ gak...
wow! she's the owner. thanks for giving me the info
Cantik tuan tudung tuee
Catat Ulasan