Sabtu, 23 Februari 2008

Batik For Children

Here come an article about batik for children that i read on berita harian online today. I love batik very much. wanna read the original article? click on this http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Stail/20080223130725/Article/



Batik untuk si comel
Oleh Halina Mohd Noor

KRAFTANGAN Malaysia tampil pelbagai rekaan menarik

Kraftangan Malaysia mempamerkan hasil inovasi fesyen himpunan terbaru pakaian batik untuk kanak-kanak dan remaja pada majlis pelancaran penggunaan piawaian batik di Pusat Inovasi Batik, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan baru-baru ini. Persembahan fesyen yang digayakan pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kota Baru itu mendapat sambutan hangat daripada tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

Berkonsep ceria dengan potongan pakaian dan warna yang digunakan, sememangnya hasil inovasi fesyen oleh kumpulan pereka fesyen Kraftangan Malaysia ini cukup membanggakan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan berdaya saing dengan jenama pakaian terkemuka di pasaran.

Menggunakan fabrik kain kapas, sifon dan sutera yang dihiasi motif abstrak, flora dan geometrik, himpunan didatangkan dalam pelbagai rekaan seperti gaun, blaus, seluar dan jubah untuk kanak-kanak serta remaja perempuan. Kraftangan Malaysia turut mencuba rekaan untuk gaya Muslimah seperti jubah daripada sifon atau blaus yang digayakan dengan seluar panjang.

Warna terang seperti kuning, hijau, biru, jingga dan ungu menjadikan himpunan ini kelihatan ceria sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.

Ada juga pilihan himpunan untuk kanak-kanak lelaki yang didatangkan dalam rekaan berpotongan kemeja, baju Melayu dan jubah.

Meletakkan corak batik untuk busana muslimin adalah satu percubaan berani yang dibuat oleh Kraftangan Malaysia bagi menguji sejauh mana ia dapat diterima oleh masyarakat. Ia bermatlamat meluaskan penggunaan batik agar tidak terbatas untuk majlis rasmi semata-mata. Malah, percubaan ini diharapkan batik dapat diterima dan dipakai walaupun ke masjid dengan pemilihan motif bersesuaian.

4 ulasan:

dd dudu berkata...

hoh lina si penjual batik ;p

oit cari menantu kat tv9 ni dorang sume tgh batik hohoho

lina berkata...

since 1st episode, they all wear batik. such a great promotion for batik.

lina berkata...

hehe.. that time i went to pasar payang, kuala terengganu. 'rambang mata'..

dd dudu berkata...

lol XD