Here come an article about batik for children that i read on berita harian online today. I love batik very much. wanna read the original article? click on this http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Stail/20080223130725/Article/
Batik untuk si comel
Oleh Halina Mohd Noor
KRAFTANGAN Malaysia tampil pelbagai rekaan menarik
Kraftangan Malaysia mempamerkan hasil inovasi fesyen himpunan terbaru pakaian batik untuk kanak-kanak dan remaja pada majlis pelancaran penggunaan piawaian batik di Pusat Inovasi Batik, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan baru-baru ini. Persembahan fesyen yang digayakan pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kota Baru itu mendapat sambutan hangat daripada tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
Berkonsep ceria dengan potongan pakaian dan warna yang digunakan, sememangnya hasil inovasi fesyen oleh kumpulan pereka fesyen Kraftangan Malaysia ini cukup membanggakan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan berdaya saing dengan jenama pakaian terkemuka di pasaran.
Menggunakan fabrik kain kapas, sifon dan sutera yang dihiasi motif abstrak, flora dan geometrik, himpunan didatangkan dalam pelbagai rekaan seperti gaun, blaus, seluar dan jubah untuk kanak-kanak serta remaja perempuan. Kraftangan Malaysia turut mencuba rekaan untuk gaya Muslimah seperti jubah daripada sifon atau blaus yang digayakan dengan seluar panjang.
Warna terang seperti kuning, hijau, biru, jingga dan ungu menjadikan himpunan ini kelihatan ceria sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.
Ada juga pilihan himpunan untuk kanak-kanak lelaki yang didatangkan dalam rekaan berpotongan kemeja, baju Melayu dan jubah.
Meletakkan corak batik untuk busana muslimin adalah satu percubaan berani yang dibuat oleh Kraftangan Malaysia bagi menguji sejauh mana ia dapat diterima oleh masyarakat. Ia bermatlamat meluaskan penggunaan batik agar tidak terbatas untuk majlis rasmi semata-mata. Malah, percubaan ini diharapkan batik dapat diterima dan dipakai walaupun ke masjid dengan pemilihan motif bersesuaian.
Sabtu, 23 Februari 2008
Rabu, 20 Februari 2008
accessories available at crystalina
to those who want to seek for accessories from crystal visit: http://crystalina.fotopages.com
quality guaranted and price affordable. also suitable to be a gift for someone special like mom,sisters,girlfriends,wife etc
Label:
accessories fashion
hi all........... new beginning for lina fashion house
i love fashion. for girl that wear 'tudung' like me, a new trendy fashion have started so i like to share all my thoughts about young muslim fashions with all of you. For the first post, let we share the article that i get from www.mstar.com.my about my fav tv show (busana) that on tv9 every sunday 12 at noon.
Juma terkilan sikap prejudis pada 'Busana' Muslimah20-02-2008 11:46:17 AM Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SETELAH hampir dua bulan terlibat dalam program Busana musim kedua, pengacara popular Datin Norjuma Habib Mohamed mula merasai cabaran dan rintangan yang pertama kali dihadapi sepanjang beliau berkecimpung dalam dunia kewartawanan siaran.
Dalam program yang menyajikan segmen menarik seperti segmen pereka, fabrik, sulaman manik, tip bertudung dan segmen berubah wajah itu, Juma akan dibantu oleh enam orang wartawan siaran.
Berlainan dari sesetengah program yang melakukan rakaman pengambaran bagi keseluruhan episod sebelum rancangan dikeudarakan, program yang disiarkan oleh stesen TV9 ini lebih menumpukan kepada rakaman bagi sebuah episod dalam setiap minggu.
Bersiaran selama 13 episod rancangan yang telah memulakan siarannya pada 13 Januari lalu mengenengahkan industri busana muslimah ke tahap antarabangsa.
Dengan paparan fesyen yang lebih bergaya, Busana mencakupi trend busana muslimah dari seluruh pelusuk rantau menerusi tinjauan ke Turki, Dubai, negara Eropah dan Timur Tengah.
Terbaru, Juma baru sahaja pulang bersama rombongan kru Busana dari Paris untuk
Jubah moden yang dipakai oleh Juma menampakkan tubuhnya yang langsingpengambaran dua episod penuh termasuk segmen-segmen kecil yang lain.
"Selama lima hari saya ke sana bersama kru bermula 10 Februari lalu. Kami menjalankan pengambaran di kedai kain renda Perancis, melihat fesyen terkini di sana yang mungkin kita mengalami kesukaran untuk memadankan kostum yang dipakai termasuk melihat butik-butik kasut di Paris.
"Sekarang Juma balik dahulu sebab pengambaran untuk bahagian Juma dah habis. Kru lain masih lagi berada di luar negara dan mereka kini berada di London pula," kata Juma yang teruja ketika pertama kali ditawar mengendalikan rancangan berkaitan fesyen.
Tumpuan Busana tidak terhad kepada pengambaran di luar negara kerana rancangan yang diterbitkan oleh Penerbit Eksekutif TV9 Nuraeshah Abdul Malik ini turut memilih butik di pusat membeli belah sekitar ibu negara sebagai lokasi pengambaran.
"Setiap Khamis kami akan membuat pengambaran Busana. Kami cuba dapatkan tempat seperti pusat membeli belah The Gardens, Asiana, Central Market dan One Utama.
"Bila Juma sertai program ni baru Juma tahu yang susah juga untuk tempah lokasi-lokasi tersebut untuk dilakukan penggambaran.
"Sebab ada juga beberapa tempat yang tidak membenarkan kami membuat pengambaran.
"Mereka mengatakan program kami mempunyai unsur racism (perkauman) walhal kami langsung tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan sekadar bercerita tentang fesyen muslimah terkini.
"Sebelum tu kami pernah membuat pengambaran sempena Maal Hijrah. Ada pertunjukan fesyen dengan mengenakan baju yang berwarna-warni.
"Bukannya pakai jubah warna hitam ke..tetap tak dapat sewa butik itu membuat penggambaran. Saya rasa susah juga untuk buat pengambaran dalam masyarakat majmuk yang salah mentafsirkan tentang kandungan intipati yang kita cuba sampaikan.
"Bukan itu sahaja kami turut mempunyai cabaran untuk menghadapi masalah tempat yang meminta bayaran sehingga RM5,000 sekiranya kami ingin melakukan pengambaran di situ.
"Bukankah kami akan memberi credit title untuk butik mereka diakhir rancangan.
"Juma rasa terkilan sangat sebab dalam negara yang membicarakan tentang konsep Islam Hadhari masih ada yang menimbulkan isu perkauman apabila kami ingin memaparkan busana muslimah namun ada juga memberikan respon yang baik," luah Juma.
Namun, dalam keperitan yang dialami ada juga peniup semangat Juma dan kru Busana untuk meneruskan program yang pernah menyertai dan membuat liputan Festival Fesyen Islam (IFF) di Jakarta tahun lalu.
"Yang bestnya sebab boleh dapatkan pendedahan peribadi tentang fesyen dan apa yang menarik."Kita menjadi lebih fokus. Contohnya kalau orang yang membuat tentang program masakan mereka akan lebih tahu tentang masakan. Sama juga dengan fesyen, Juma banyak mengetahui maklumat tentang fesyen terbaru," beritahu Juma yang menggemari fesyen baju kurung rekaan Radzwan Radzwill.
Selesa bergaya ringkas
Sementara pereka Albert King, Zara, MIG, Bibi Raul dan Tom Abang Saufi menjadi pilihan Juma untuk mencipta pakaian moden ketika beliau menghadiri majlis tertentu.
"Secara in person, semua orang termasuk bukan selebriti lebih selesa mengenakan fesyen yang ringkas, selesa dan boleh pakai di mana-mana.
"Tetapi jika muncul di kaca televisyen, kita perlu lebih bergaya dengan pelbagai aksesori dan busana yang beropol-ropol.
"Warna tak semestinya terlalu meriah. Tetapi satu perkara yang Juma yakin apabila kita nampak lebih cantik di televisyen tak bermakna kita akan nampak sama di luar begitu juga sebaliknya.
"Ia melibatkan dua fesyen yang berbeza," ujar Juma mengenai keselesaannya berfesyen.
Mengenai cara ikatan tudung, Juma lebih gemar meletakkan keronsang di bawah muka dan bukannya di atas kepala seperti kebanyakan fesyen anak-anak gadis sekarang.
"Satu lagi Juma tak suka melilit tudung sehingga membentuk ropol-ropol. Kalau terlalu ropol-ropol nampak serabut.Juma lebih selesa melilit tudung ke belakang dan lebih ringkas.
"Melihat kepada bentuk muka Juma yang kecil, Juma rasa tak sesuai kalau Juma memakai tudung yang penuh dengan aksesori."Bagi Juma memakai tudung ni bukan sahaja untuk menutup rambut tetapi juga menutup dada," kata Juma.
Tak salah berpakaian ranggi
Selebriti memang menjadi perhatian umum lebih-lebih lagi tentang imej dan pakaian.
Bagi Juma, tidak salah jika wanita bertudung hendak berpakaian ranggi asalkan menutup aurat dan selesa."Tapi jangan sampai ranggi sehingga memakai skirt pendek. Kadang-kadang orang kata orang yang bertudung ni kena pakai jubah."Tetapi jika kita lihat di luar sana berapa ramai remaja perempuan bertudung memakai pakaian bersesuaian mengikut keadaan."Itu bukan menjadi kepelikan selagi kita rasa boleh pakai. Tetapi tak bermakna yang tak bertudung pula boleh sesuka hati nak berkemban untuk berfesyen."Kadangkala orang nak tengok selebriti muncul berlainan dari pakaian orang biasa.
"Prinsip asas memlihara aurat di dalam Islam tetap sama tetapi cara seseorang berpakaian menutup aurat itu berbeza," akhiri Juma yang bercadang untuk menambah bilangan anaknya tahun depan.Selepas melahirkan anak pertamanya Muhammad Aqil Razak Mohamad Nazim yang kini berusia 14 bulan melalui pembedahan 'Caesarian', Juma perlu berehat sebelum hamil lagi.Selain program Busana, Juma turut mengendalikan rancangan Keluarga Di 9 yang disiarkan pada setiap hari Selasa di TV9.

fashion acsessories trendy
Langgan:
Catatan (Atom)