Isnin, 28 September 2009

life without handphone mcm xde makne =(

selamat hari raya semua. saya masih dalam keadaan monday blues. mane taknye. cuti seminggu. rehat habis-habisan la.pastu enset pulak terlupa nak bawak sekali gi opis. damned!! nak cite pasal raye, xde gambar la pulak. jadi korang bace jela bebelan saya yang x seberapa ni ;p

raye tahun ni, nothing much. macam raye tahun sebelumnya. beraya tanpa suami disisi. ceh! macam dah kawen je kan? ;p macam selalu2, saya pagi2 raya memang akan gi umah atuk dan nenek saya. dekat je. perjalanan selama x sampai 5 minit menaiki kete.

tengahari pulak menziarah kubur arwah ayah saya. ni memang dah rutin kami adik beradik. wajib gi kubur ayah di hari raya. bersihkan kubur ayah. baca yaasin dan tahlil buat ayah. hanya ni je yang dapat kami adik beradik gunakan untuk tunjuk kasih sayang buat ayah. nak peluk cium memang x dapat la kan.

pas ziarah kubur arwah ayah, aki dan wan, kiteorang beraya umah wan sedara. every year, mesti cari sardin goreng untuk makan ngan lemang. memang tradisi kat kampung arwah ayah. makan lemang with sardin. sedap woo.. cube try kat umah ;p

huhu.. nak sambung wat keje tapi xde mood. sungguh x bermakna hidup tanpa handphone =( mase ade, x hirau pun. bila xde, mula la x senang duduk.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hikhik..cmtu la.. bler ada, ignore aje.. bila dh xde.. haa.. tercari2..hihi..

lina berkata...

tulah ReD.ni tgh cube survive tanpa enset.raye arituh dh boleh. ni sebab ade janji sesuatu semalam ngan din. huhu =(